...

Mortgage Calculator

Wednesday, July 11, 2012

Pengeluaran KWSP untuk Membeli Rumah

Borang Pengeluaran Membeli Rumah.pdf

Kelayakan Pengeluaran untuk Beli Rumah - KWSP.pdf

  • Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).
  • Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.
  • Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.
  • Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Kelayakan Memohon

  • (i)  Warganegara Malaysia; ATAU 

    (ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran
         Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk
         mencarum semula dengan KWSP; ATAU

    (iii)  Bukan warganegara Malaysia yang:
  • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
  • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN 
  • Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 

Syarat-syarat Pengeluaran

Anda Layak Memohon Sekiranya;

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo/ teres/berkembar/ apartment/kondominium/
   ‘studio apartment’/ ‘service apartment’/ ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan
    unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui:
    (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut:     
        •  Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan
           1989 (BAFIA)    
        •  Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan   
        •  Majikan ahli   
        •  Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
            Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)    
        •  Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia   
        •  Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
    (ii) Secara tunai.

3. Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3)
    tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
   
       NOTE :
            Pembayaran 10% Deposit (3% untuk booking fee & 7% untuk tandatangan S & P)
            masih diperlukan oleh pembeli (guna duit simpanan dahulu) sebelum menghantar
            permohonan ke KWSP untuk tujuan pengeluaran deposit tersebut.

4. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Anda telah membuat pengeluaran
    untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan
    kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan /pelupusan pemilikan rumah pertama perlu
    dikemukakan.

5. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan
    oleh KWSP.

6. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak (tarikh perjanjian beli tanah
    dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

 Anda Tidak Layak Memohon Sekiranya;
     •    Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
     •    Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
     •    Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
     •    Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
     •    Membeli rumah ketiga.
     •    Membeli rumah di luar negara.


Sumber daripada www.kwsp.gov.my