...

Mortgage Calculator

Thursday, July 19, 2012

Pengalaman Membuat Pengeluaran KWSP (Akaun 2) untuk Pembelian Rumah


Salam Ziarah,           

Setelah dapat consent daripada DBKL, kami beberapa kali membuat permohonan untuk mengeluarkan wang KWSP daripada akaun 2. Proses ni pun daripada mudah jadi sukar disebabkan masalah tertentu. Sebelum tu saya senaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran KWSP (perlu ada yang asal dan salinan yang disahkan oleh pegawai tertentu ataupun lawyer S n P kita pun boleh):

1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank yang hendak dikreditkan terus oleh KWSP, kalau takder buku bank (surat ni boleh minta di mana-mana cawangan bank akaun simpanan kita)
2. Sale and Purchase Agreement
3. Jika rumah belum dapat 'title' , perlu ada surat daripada developer (selalunya surat ni lawyer S n P akan minta daripada developer untuk urusan buat S n P, jadi kalau takder, boleh minta pada lawyer S n P)
4. Kalau rumah dah dapat 'title', perlu 'consent' daripada DBKL (surat kebenaran pindah milik / mencagar tanah)
5. Offer letter daripada bank yang kita buat housing loan
6. Surat Permohonan Pengeluaran KWSP ( form ni sye pernah guna yang download drpd web KWSP, tapi tak valid , diorang akan suruh isi yang baru kat sane, maknanya, better dapatkan awal dari pejabat KWSP yang terdekat - masa sye mohon ni Mac 2012, akan datang mungkin diorang dah update)

Dokumen yang disebutkan di atas ialah untuk Pembelian Rumah Daripada Individu, kalau nak tahu dokumen yang diperlukan kalau beli daripada pemaju or ahli keluarga or lain, lain, boleh cek di sini.

Masalah yang sye hadapi ialah :

1. Alamat property yang hendak dibeli pada offer letter housing loan dengan alamat property pada S n P tak sama. Bukan 100% tak sama, tapi tak sama pada nama jalan, nama bandar. So yang ni pun kena make sure sama dan tepat.
 - So apa yang kami perlu buat ialah, minta bank tersebut keluarkan surat mengesahkan bahawa alamat yang tertulis di dalam offer letter bank tu adalah sama dengan alamat pada S n P. kedua-dua alamat menunjukkan property yang sama. Surat ni ambil masa 3 ke 4 hari. So surat ini disertakan sekali dengan offer letter housing loan.
2. Surat 'consent' yang dikeluarkan oleh DBKL ada 2 page, tapi yang bawa page depan je, so dia nak 2 page tu jugak. Sedangkan page kedua ialah signature2 je. tapi dah dia nak perlu le sediakan jugak.

So, bila dah lengkap form and dokumen, boleh la pergi ke pejabat KWSP yang terdekat. Sampai kat sane:

1. Perlu pergi ke bahagian Semakan Borang Permohonan & Dokumen dulu, baru ambil nombor. Kalau terus je beratur panjang nak ambil nombor dulu, sampai giliran kita dia akan suruk cek borang n dokumen dulu, then kena beratur lagi sekali, so elakkan lah.
2. Dah ambil nombor, boleh lah tunggu giliran untuk dipanggil.oleh pegawai bertugas.
3. Sampai giliran, dia akan semak dengan detail semua dokumen kita, kalau ada yang musykil, dia akan rujuk pada pegawai atasan, kalau tak puas hati jugak, permohonan kita tak lengkap then kena betulkan semula.
4. Lepas dia dah puas hati n dokumen kita lengkap, kita akan diberi surat kenyataan bahawa permohonan kita diterima dan sedang diproses.
5. Status permohonan kita boleh semak dari masa ke semasa melalui i-akaun KWSP kita. Mudah kan. kalau dah released duit tu, jumlah akaun 2 kita pada penyata akan berkurangan..isk...isk...tunggulah beberapa tahun lagi untuk penuhkan balik.

Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah mengikut syarat-syarat berikut:


PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU
PEMBELIAN BERSAMA SUAMI / ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
PINJAMAN PERUMAHAN 100%
PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI
10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)


Untuk maklumat lanjut, atau kemusykilan kalau guna Skim Rumah Pertama ker, boleh call terus ke bahagian khidmat pelanggan KWSP : Tel: 03-8922 6000.


Ehsan dari http://norfazlinajaffar.blogspot.com/2012/04/tips-panduan-membeli-rumah-pengeluaran.html