...

Mortgage Calculator

Monday, July 16, 2012

Memilih Pelaburan Hartanah Terbaik

Melabur dalam perniagaan hartanah boleh menjadi satu perniagaan yang rumit dalam keadaan ekenomi sekarang. Bagaimanapun ada indikator dan perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda membuat keputusan terbaik. Di bawah adalah beberapa tips pelaburan hartanah yang boleh membantu anda.
Seperti yang selalu diperkatakan, lokasi, lokasi, lokasi… adalah faktor TERPENTING bila melabur dalam hartanah.

  • Beli di kawasan atau negara yang paling berpotensi memberi pulangan terbaik.
Ramai bakal pelabur yang tidak melihat jauh dari kawasan tempatan mereka. Ini bermakna mereka berpotensi kehilangan ribuan ringgit kerana tidak mengendahkan peluang.
  • Cari inisiatif peningkatan di kawasan tempatan.
Contohnya, laluan LRT akan dipanjangkan hingga ke Klang, ini akan meningkatkan permintaan di kawasan sepanjang peningkatan ini dan menaikkan harga pasaran.
  • Perhatikan perniagaan besar yang sedang memasuki kawasaan.
Ini bermaksud lebih banyak peluang pekerjaan akan dihasilkan dan peluang pekerjaan akan meningkatkan permintaan perumahan.
  • Jika membeli untuk disewakan, pertimbangkan kos untuk menjual kembali hartanah itu dan potensi pulangan kepada pelaburan anda.
Jika selepas kiraan anda mendapati anda akan kerugian, anda haruslah meninggalkannya atau mencari wang untuk ditambah kepada deposit supaya boleh merendahkan bayaran balik pinjaman perumahan. Anda juga harus memfaktorkan sekali yuran ejen pentadbiran, bayaran bulanan pinjaman bank, kos penyenggaraan (lebih kurang 10-15% dari sewa tahunan) dan kemungkinan hartanah anda kosong 1 bulan dalam setiap tahun.
  • Pastikan hartanah yang dibeli mudah disenggarakan dan tidak mempunyai kerosakan besar.
Kos senggaraan yang rendah akan mengurangkan sakit kepala anda.
  • Beli di kawasan selamat, perhatikan kadar jenayah tempatan.
Kalau dapat, ketahui berapa peratus golongan muda yang mempunyai perlakuan anti sosial di kawasan itu. Ianya adalah indikator terbaik untuk kadar jenayah.
  • Jika mahu membeli rumah untuk keluarga pastikan ada sekolah yang  baik di kawasan berdekatan.
Jumlah duit yang anda akan dapat dari pelaburan hartanah sangat bergantung kepada kualiti dan kesesuaian hartanah kepada khalayak sasaran anda dan lokasi hartanah itu. Walaupun pada keadaan ekonomi yang mencabar ini masih terdapat pilihan pelaburan yang berbaloi untuk dilakukan oleh pelabur hartanah yang bijak.