Apakah yang sentiasa kita fikirkan apabila membeli rumah baru?
Mungkin…
mula terbayang untuk memulakan satu kehidupan yang baru nanti? atau
sentiasa memikirkan wang belanja yang akan digunakan? Yang pasti…
.didalam tempoh pencarian hartanah yang sesuai ada sesuatu yang anda
perlu faham dan wajib ingati.
Apa bendanya?
Menjualnya
lah! Jika anda merancang untuk membeli mana-mana hartanah anda juga
harus berfikir untuk menjualnya kembali. “Halo!.. saudara… saya beli
bukan untuk menjualnya…. apa raaa…!!!!”
Saya faham…, anda
membeli hartanah dan merancang untuk tinggal disana bukan untuk
menjualnya. Kenapa saya kata begitu? Anda harus tahu, hampir 95% mereka
yang membeli dan tinggal di rumah yang sama didalam tempoh 8-15 tahun
akan menjual kembali hartanah itu. Jadi anda sepatutnya tidak lupa
untuk memikirkan kembali peluang untuk menjual semasa membeli.
Kenapa? baca artikel dibawah;
Apabila
kita membeli sesuatu hartanah, kita harus beringat bahawa kita tidak
akan tinggal disana seumur hiudp kita. Walau pun sehebat mana pun
kawasan itu, secanggih mana pun rumah itu… Pada suatu hari nanti anda
tetap akan meninggalkannya.
Ini bermakna anda akan
memiliki hartanah terbabit dan akan pula menjualnya kembali. Yup! ianya
benar. Hampir 95% mereka yang memiliki hartanah pada umur 25 tahun
sehingga 45 tahun akan menjual hartanah itu pada tempoh yang tertentu.
Ianya seperti satu tren dan cara hidup rakyat Malaysia, yang
berubah-ubah dan berkemungkinan faktor portfolio kewangan yang semakin
baik.
Pada kebanyakkan tuan rumah ianya tidaklah begitu
sukar, tetapi jika anda benar-benar mengambil kira akan potensi ini
ianya bakal sedikit sebanyak mempengaruhi konflik yang lebih mendalam.
Saya jadikan simulasi ini sebagai contoh; Anda menjumpai sebuah kondo
yang sangat-sangat menarik pada mata anda. Dan yang paling
menggembirakan hartanah itu juga didalam bajet kemampuan anda. Isu yang
timbul hanyalah rumah itu dan kawasan-kawasannya mengalami kemerosotan
harga. Jika anda benar-benar memerlukan rumah itu, walau apa pun yang
saya katakan… anda tetap akan membelinya, dan anda mula berharap
segalanya akan pulih didalam masa beberapa tahun. Tetapi bagaimana pula
jangkaan anda salah? dan kawasan kejiranan itu tidak menunjukkan signal
yang baik.
Akhirnya… tidak berapa lama lagi rumah
impian anda akan berubah menjadi satu kawasan yang kurang selamat. Ini
akan menyebabkan anda kehilangan wang dari transaksi akan datang. Dan
ianya sudah pasti tidak akan menggembirakan anda. Beringat untuk mencari
ruang potensi pada hartanah ini adalah penyebab harga hartanah pada
sesetengah individu itu melonjak. Mereka tahu apa yang mereka lakukan,
dan mereka faham akan apa yang orang lain mahukan. Jika anda mahukan
nilai hartanah anda melonjak… fikirkan bagaimana anda boleh menjualnya
semasa membeli.
Kita tidak tahu apakah nasib kita 5-10
tahun akan datang. Memang anda membeli hartanah hari ini dengan harga
yang super menarik. Tetapi jika berlakunya sesuatu peristiwa yang
memerlukan anda berhijrah… Anda tetap perlu menjualnya. Jadi apabila
sampai pada waktu itu, anda tidak pula dapat menjualnya… anda pasti akan
kerugian beribu-ribu ringgit hanya diatas kealpaan anda semasa membeli
hartanah pada hari ini. Sedangkan kerugian itu dapat diminimakan atau
tiada langsung dengan perancangan awal ” beli tetapi fikir untuk
menjualnya” set kan minda anda dan rancang sebaiknya.
Yang
paling mustahak, jika anda merancang untuk membeli hartanah fikirkan
juga masa hadapan. Adakah anda dapat menjual hartanah ini? adakah
harganya akan meningkat naik? berapa peratus kenaikkan hartanah
dikawasan ini? Segala-galanya anda harus fahami dan renungi. Setelah
itu baru lah anda mula menconggak emosi untuk memiliki hartanah yang
diidami.
Semoga berjaya pelabur semua….
Friday, July 13, 2012
Anda nak beli rumah tetapi perlu fikir untuk menjualnya...
9:13 AM
Tips